RAMADAN dan sinarnya kembali bertandang menemui
sekalian hamba kalangan umat Islam. Bulan setiap hamba diundang menjadi
tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Pada bulan ini setiap hela nafas
menjadi tasbih, tidur menjadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa
diperkenankan. Tatkala mengingatkan imbauan silam saat junjungan besar
Rasulullah SAW dan para sahabat amat girang serta tidak sabar-sabar
menanti ketibaannya pada setiap tahun, terdetik persoalan di manakah
kita dalam meneladani dan menghayati Rasulullah SAW di madrasah Ramadan
yang penuh keberkatan ini? Bulan dan detik-detik yang sarat dengan
kebaikan, peluang sisa umur yang sangat indah sebelum terlena kerana
adakah masa yang paling indah daripada Ramadan untuk melakukan munajat
kepada Allah dengan berdiri menghadap Rabb al-Izzati sambil mendengar
alunan ayat-ayat-Nya yang menghiasi pendengaran, membersihkan hati dan
menambahkan keimanan dalam diri?'
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang
beriman! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
(al-Baqarah: 183)
Banyak nikmatnya kalau kita berpusa yer kawan2 ... so ..
Lepas sebulan puasa .. Dah boleh raya ..
Thankz sudi baca post di atas ! :)
0 pendapat terbaik !:
Post a Comment